Skip to main content
Berita

Perjumpaan YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI Bersama Pegawai-Pegawai Baharu Yang Melapor Diri Di MOSTI Pada Bulan September, Oktober, November dan Disember 2022.

6 Disember 2022, Putrajaya – Perjumpaan ini diadakan secara santai dan YBhg. Datuk Ts. Dr KSU mengalu-alukan kedatangan seramai 26 orang pegawai yang terdiri daripada 10 orang Pegawai dan 16 orang Kakitangan Sokongan.

Bagi menjadikan MOSTI! luar biasa, semua pegawai perlu sentiasa proaktif dan kehadapan, bekerjasama dalam menjayakan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara serta menjadikan STI sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Para pegawai juga perlu sentiasa memegang teguh kepada aspek integriti dalam menjalankan tugas, dan berusaha untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik diri sendiri, keluarga, organisasi serta perkhidmatan awam.
Selamat datang ke MOSTI dan selamat bertugas kepada semua pegawai.

 

 

d517afa2 6bd3 44ed a01b 94aae36b4a6b        8baa281f 24d0 4f7d 9a18 b8e2cd4a8cc9

Skip to content