Skip to main content
Berita

Perjumpaan YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI Bersama Pegawai-Pegawai Baharu Yang Melapor Diri Di MOSTI Pada Bulan Januari Dan Februari 2023

20 Februari 2023, Putrajaya – Perjumpaan YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI bersama pegawai-pegawai baharu yang melapor diri di MOSTI pada bulan Januari dan Februari 2023.

Perjumpaan ini diadakan secara santai dan YBhg. Datuk Ts. Dr KSU mengalu-alukan kedatangan seramai 16 orang pegawai yang terdiri daripada 11 orang Pegawai dan 5 orang Kakitangan Sokongan.
Bagi menjadikan MOSTI! luar biasa, semua pegawai perlu sentiasa proaktif dan kehadapan, bekerjasama dalam menjayakan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara serta menjadikan STI sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Para pegawai juga perlu sentiasa memegang teguh kepada aspek integriti dalam menjalankan tugas, dan berusaha untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik diri sendiri, keluarga, organisasi serta perkhidmatan awam.

Seluruh warga MOSTI, jabatan dan agensi mengalu-alukan kedatangan semua pegawai ke MOSTI. Selamat datang ke MOSTI dan selamat bertugas.

 

332707424 1149561232398981 5458225208433955305 n     332695127 1243012356612067 8285042196678079271 n

Skip to content