Skip to main content
Berita

Program Townhall Bersama YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Road To #InnovationNation

20 Februari 2023, Kuala Lumpur – Syarikat pemula (Startups) merupakan ‘enjin’ inovasi dan pertumbuhan yang membawa idea segar dan perspektif baharu. YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan sesi Townhall Road to #InnovationNation bersama komuniti syarikat pemula untuk mengetahui tentang cabaran yang dihadapi, rancangan mereka untuk pertumbuhan, dan idea mereka tentang bagaimana Kerajaan boleh menyokong mereka.
Dalam ucapan ringkasnya, YB Chang Lih Kang mengetengahkan mengenai komitmen untuk menyokong ekosistem startups dan minatnya untuk mendengar maklum balas daripada mereka yang terlibat.
Seterusnya, sesi townhall dimulakan dengan peserta berkongsi cabaran semasa mereka dalam ekosistem startups, dengan tumpuan pada dasar, permohonan geran, peraturan dan sebagainya.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. Dr. Nor Azlina Binti Ariffin, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI. Antara agensi MOSTI yang turut sama berada dalam sesi townhall ini ialah Cradle Fund, MRANTI, MTDC, MAVCAP dan MYSA.
IMG 8203   IMG 8245
IMG 8035   IMG 8137
Skip to content