Skip to main content
Berita

Persidangan 8th International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology (iSAMN2024)

8 Oktober 2024, Selangor, – Pada 8 Oktober 2024 telah berlangsung Persidangan 8th International Symposium on Advanced Materials and Nanotechnology (iSAMN2024) yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
iSAMN2024 dengan tema “Nanotechnology Pathway to Net-Zero Emissions by 2050” merupakan sub-progam Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2024 yang diadakan pada 8 – 9 Oktober 2024 di Bangi Resort Hotel, Selangor. Program ini diadakan secara kerjasama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, MOSTI dan Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia.
Program iSAMN2024 merupakan persidangan antarabangsa dengan penglibatan penyelidik dan pakar nanoteknologi daripada dalam dan luar negara. Penceramah Ucaptama iSAMN2024 adalah Prof. Dr. Shaobin Wang, University of Adelaide dengan tajuk “Single-Atom Catalyst for Energy Conversion and Environmental Remediations”; YBrs. Dr. Nurlayna Yunus, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dengan tajuk “Sarawak’s Hydrogen Horizon: Unleashing Nanotechnology for a Net-Future by 2050” ; Prof. Dr. Hirofumi Tanaka, Kyushu Institute of Technology dengan tajuk “Highly Efficiency Physical Reservoir AI Computing Device Made of Nanomaterials”.
Persidangan ini memberi peluang kepada para peserta dalam kalangan pegawai kerajaan, penyelidik, akademia, industri, swasta serta pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkumpul, berbincang dan bekerjasama dalam mencetuskan idea-idea bernas untuk pembangunan dan penyelidikan (R&D) bidang nanoteknologi.
Skip to content