Skip to main content
Berita

Persidangan AI dan Robotik untuk Industri 4.0 2023 (AIR2023) dan Simposium Penyelidikan The 2nd MACE 2023 (MaRS2023)

17 Julai 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan Persidangan AI dan Robotik untuk Industri 4.0 2023 (AIR2023) dan Simposium Penyelidikan The 2nd MACE 2023 (MaRS2023) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di UTM Hotel dan Residence.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik mampu mencipta peluang ekonomi di Malaysia berikutan dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Selain itu, ia juga mampu memacu pertumbuhan merentas pelbagai sektor termasuk pembuatan dan pertanian kepada penjagaan kesihatan serta pendidikan.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Chang Lih Kang berkata “laporan terbaru oleh PwC menganggarkan bahawa AI boleh menyumbang sehingga AS$15.7 trilion kepada ekonomi global menjelang 2030. Potensi ekonomi yang besar itu mampu mengukuhkan keperluan dalam memaksimumkan penggunaan teknologi itu terutama untuk ekonomi Malaysia”.
“MOSTI ketika ini sedang melaksanakan pelbagai program untuk memupuk ekosistem yang kondusif di mana institusi akademik, pemain industri dan kerajaan boleh bekerjasama untuk melengkapkan belia kita dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan,” katanya lagi.
AIR2023 dan MaRS2023 amerupakan dua persidangan yang diadakan serentak selama dua hari anjuran bersama antara Pusat Kepintaran Buatan dan Robotik (CAIRO UTM); Persatuan Jurutera Kawalan Automatik Malaysia (MACE); Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM serta Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (MySET).
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBhg. Prof Dr Abd Latif Saleh, Pro-Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur dan YBrs. Prof Dr Hazlina Selamat, Pengerusi AIR2023 dan MaRS2023
Skip to content