Skip to main content
Berita

Pertandingan Kutipan Tertinggi Sisa Kitar Semula

20 Disember 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berjaya memenangi hadiah tempat kedua dalam Pertandingan Kutipan Tertinggi Sisa Kitar Semula bagi kategori Agensi Kerajaan, Pempamer dan Peniaga Food Truck untuk aktiviti Trash To Cash Madani sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang telah berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Disember 2023 yang lalu.
Penilaian Kriteria Pemenang Pertandingan adalah berdasarkan berat (kg) barangan kitar semula yang dihantar ke lokasi lori Trash to Cash di tapak acara. Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan hari ini hadir untuk menyerahkan hadiah kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
411434348 767825552039769 8935761993391886335 n
Skip to content