Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Akademi Sains Malaysia

19 Disember 2023, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Akademi Sains Malaysia (ASM).
Sebagai sebuah Peneraju Pemikir dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE), ASM yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI berfungsi sebagai badan penasihat kerajaan berkenaan hal ehwal STIE dengan input yang berwibawa, boleh dipercayai, dan berasaskan data yang tepat pada masanya. Etos ASM adalah “Budayakan Sains, Raikan Teknologi, Cetuskan Inovasi”.
YBrs. Puan Hazami Habib, Ketua Pegawai Elsekutif ASM telah memberi penerangan mengenai fungsi ASM secara menyeluruh termasuk peranan agensi ini yang merentas negeri seperti pelaksanaan inisiatif Wireless Bridging System dan Kembara Sains Borneo di Sabah.
Turut hadir adalah Presiden ASM, Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc.
Skip to content