Skip to main content
Berita

Pertemuan Antara YB Bhang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia da TYT Dr. Laksana Tri Handoko, Chairman of National Research and Innovation Agency (BRIN), Indonesia

20 Jun 2025, Indonesia – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan pertemuan dua hala dengan TYT Dr. Laksana Tri Handoko, Pengerusi Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) Indonesia. Pertemuan ini diadakan sempena lawatan rasmi YB Menteri ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri 21st ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation (AMMSTI-21).

Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui platform serantau ASEAN serta hubungan dua hala. Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk meneroka peluang kerjasama strategik baharu, termasuk dalam bidang penyelidikan bersama, pembangunan kapasiti, serta mobiliti bakat dan penyelidik.
Secara keseluruhannya, pertemuan ini telah memperkukuh lagi hubungan kerjasama dua hala yang sedia terjalin, khususnya dalam memperkasakan kolaborasi saintifik melalui platform ASEAN dan inisiatif bersama yang berimpak tinggi.
Skip to content