31 Julai 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan pertemuan bersama YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh sinergi dalam bidang sains, teknologi, inovasi, peralihan tenaga dan transformasi air, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI ke arah pembangunan negara yang mampan, berdaya tahan dan berdaya saing.
Semoga jalinan kerjasama erat antara MOSTI dan PETRA terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan agenda RMK13 dapat dilaksanakan secara bersepadu, sekali gus memacu pembangunan negara melalui penyelesaian berasaskan sains, teknologi dan inovasi.




