Skip to main content
Berita

Program Due Diligence Siri Kedua & Technology Preview Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2017

By 2017-07-26Julai 27th, 2017No Comments

Putrajaya, 20 Julai 2017 – Bengkel Due Dilligence atau ‘kebolehsesuaian’ produk/teknologi/perkhidmatan dianjurkan sebagai insiatif berterusan yang melibatkan proses penyaringan, analisa serta dan meneliti potensi pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan R&D supaya dapat mengenalpasti dan memuktamadkan hasil senarai terbaik untuk tujuan pengkomersialan.

Justeru, sebagai pelengkap kepada inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia atau MCY 2017, penilaian produk/teknologi/perkhidmatan R&D yang dirancang untuk aktiviti pengkomersialan dari aspek permintaan atau ‘Demand Driven’ akan diberi perhatian khusus. Perkara ini adalah penting supaya pengkomersialan hasil ciptaan tempatan mempunyai taraf serta kualiti yang terbaik dan dapat bersaing sama atau hampir hebat dengan hasil  ciptaan dari negara-negara maju. Bengkel pertama telah diadakan pada 16 & 17 Mac 2017 di Agensi Nuklear Malaysia.

Bengkel Siri Kedua dan Technology Preview MCY 2017 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sebanyak 47 Agensi Kerajaan, Institusi Penyelidikan Tinggi Awam dan Swasta, serta Institusi Penyelidikan Awam dan Swasta telah mengambil bahagian di dalam siri bengkel ini yang telah diadakan di Taman Teknologi Malaysia atau TPM.

YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dalam ucapan persamian beliau telah menyatakan “ Penganjuran Bengkel ini adalah penting sebagai kesinambungan bagi mewujudkan platform pertemuan di antara Rakan Strategik dan pemilik produk/teknologi”. Sesi Technology Preview pula telah melibatkan produk/teknologi KPI Khas MCY yang telah dikomersialkan dan akan dilaksanakan dalam dua siri.

Penggabungan dua aktiviti dalam satu program ini secara keseluruhannya dirancang supaya lebih berciri interaksi bijak atau smart information sharing antara penyumbang KPI Khas MCY dengan Rakan Strategik bagi membuka ruang serta peluang ke arah pengkomersialan yang lebih mampan.

YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah juga menyatakan outcome Bengkel ini akan menjadi penyumbang kepada program National Innovation and Creative Economy (NICE) Expo pada 2017 iaitu program anjuran MOSTI yang akan diadakan pada 12-16 Oktober 2017 serta Sidang Kemuncak MCY 2017 yang akan diadakan secara partnership dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Malaysia Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI). Acara ini akan diadakan pada 5-6 Disember 2017.

 

Disediakan oleh,

Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan R&D

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

sekretariatmcy@mosti.gov.my


Skip to content