16 Februari 2023, Kuala Terengganu – Penganjuran Program Exceed23 Industrial Design Degree Show yang berlangsung dari 14-16 Februari 2023 merupakan satu platform pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT) mempamerkan reka bentuk produk inovasi rekaan pelajar.
Dengan tema reka bentuk futuristik dan lestari, pameran kali ini julung kali diadakan di Bukit Jalil dengan sokongan rakan strategik MOSTI dan MRANTI. Program inovasi ini adalah selari dengan pelan strategik UniSZA yang turut memberikan fokus kepada pendigitalan dan kelestarian universiti. Sebanyak 62 produk reka bentuk pelajar dipamerkan dalam bentuk fizikal dan virtual.
Majlis penutup program ini diadakan pada 16 Februari dan disempurnakan oleh oleh YBrs. Puan Ruziah Shafei (Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.