Skip to main content
Berita

Program Galakan Membaca 2023

30 Ogos 2023, Putrajaya – Perpustakaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Planetarium Negara dan PUSPANITA MOSTI hari ini mengadakan Program Galakan Membaca 2023 bertemakan “Sehari bersama Perpustakaan MOSTI”.

Program ini diadakan dengan memberi tumpuan kepada anak-anak, Pegawai dan kakitangan warga MOSTI mengenai kepentingan membaca di awal usia dan memberi pendedahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menarik minat anak-anak warga MOSTI seperti aktiviti bercerita ‘Dengarlah Sayangku’, (Book talk) Uncle Nai dan Buku Ajaib, Mari Mewarna, Mari Bercerita STEM dan Planet Virtual Reality.
Aktiviti untuk warga MOSTI pulak adalah sesi Uncle Nai dan Buku Ajaib. Sesi ini adalah perkongsian pengalaman daripada pencerita professional dan pendidik yang berpengalaman luas dalam bidang storytelling untuk membantu para ibu bapa berupaya menarik minat anak-anak membaca dan mendengar cerita dengan gaya kaedah penyampaian penceritaan yang sangat kreatif, supaya pembelajaran lebih menarik, berkesan dan memberi impak kepada anak-anak masing-masing.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut hadir memeriahkan program dan menyampaikan hadiah. Turut bersama YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita Cawangan MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI
Skip to content