Skip to main content
Berita

Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2026 Diteruskan di Lahad Datu

3 Ogos 2026, Lahad Datu – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah merasmikan Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2026 di SK Pekan II, Lahad Datu, sebagai sebahagian daripada siri jelajah Malaysia Techlympics 2026 di Sabah.

Program ini merupakan kesinambungan pelaksanaan selepas Pulau Banggi, Kudat dan akan diteruskan di SMK Kuhara, Tawau, selaras dengan komitmen MOSTI memperluaskan akses kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara inklusif, khususnya kepada komuniti luar bandar dan pedalaman.
Malaysia Techlympics merupakan inisiatif strategik MOSTI yang melengkapkan pembelajaran formal melalui pendekatan berasaskan pertandingan dan pengalaman praktikal.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta dalam bidang teknologi masa hadapan seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT), robotik, dron dan pengekodan, sekali gus menyemai budaya sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan generasi muda.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam membangunkan bakat STI yang inklusif serta melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan meningkatkan daya saing negara.
Skip to content