Skip to main content
Berita

Program Kelestarian Malaysiaku Indah

Program Kelestarian “Malaysiaku Indah” anjuran PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA di Taman Wetland, Putrajaya pagi ini.
YBhg. Datuk Ir Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI bersama Puspanita MOSTI turut sama menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan antara aktiviti penanaman pokok, senamrobik, kayuhan basikal dan pertandingan explorace. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah juga diucapkan kepada PUSPANITA MOSTI kerana menjuarai acara PUSPAGreen explorace yang dipertandingkan. Di akhir program YBhg. Tan Sri KSN turut menyempurnakan sesi ‘Tanam Pokok’ dan Penyerahan ‘1 Pokok 1 Cawangan’ kepada PUSPANITA Cawangan Kementerian dan Negeri.