Skip to main content
Berita

Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2023

10 Oktober 2023, Selangor – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2023 pada 10 Oktober 2023.
Program nanoKEB adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 2015. Selaras dengan Dasar & Strategi Nanoteknologi Negara (DSNN) 2021- 2030 dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021- 2025, objektif penganjuran program ini adalah untuk memakmurkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pembangunan bakat dan kepakaran, meningkatkan pengkomersialan dan memacu industri serta pengukuhan standard, keselamatan dan regulatori.
YB Datuk Arthur dalam ucapannya berkata ‘Seiring dengan pembangunan nanoteknologi, aspek keselamatan produk nano yang berisiko kepada pengguna dan alam sekitar juga perlu dititikberatkan. Sebanyak 424 inventori produk nano dan 372 laporan pengujian yang mengandungi maklumat seperti nama produk, bahan nano yang digunakan, pengeluar serta pengedar boleh dilayari melalui Sistem Rujukan Nanokeselamatan (NRS)’.
Program ini merupakan platform bagi menghimpunkan penggiat nanoteknologi untuk berkongsi pengetahuan mengenai perkembangan pembangunan nanoteknologi negara, sesi libat urus berkaitan isu dan hala tuju penyelidikan nanoteknologi serta medium kesedaran kepada mesyarakat terutamanya para pelajar universiti dan sekolah terhadap bidang nanoteknologi.
Skip to content