Skip to main content
Berita

Majlis Anugerah Biro Pengaduan Awam (BPA) Tahun 2023

10 Oktober 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menerima Anugerah Pengurusan Aduan Awam bagi tahun 2022 dengan pencapaian CEMERLANG di Majlis Anugerah Biro Pengaduan Awam (BPA) Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) mewakili Ketua Setiausaha Negara.

Hadir menerima Anugerah bagi pihak MOSTI ialah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang kementerian-kementerian yang
telah berusaha gigih memastikan pengurusan aduan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Majlis Anugerah BPA Tahun 2023 telah dibuat pada hari yang sama bersekali dengan Seminar Pengurusan Aduan Awam. Seminar ini melibatkan pengurus-pengurus aduan di semua Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan menjadi platform perkongsian maklumat, pengalaman serta menjadi wadah penyampaian halatuju pengurusan aduan dalam perkhidmatan awam, Malaysia.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga MOSTI yang sentiasa komited dalam memastikan pengurusan aduan yang berkualiti untuk mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan bagi Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi.
Skip to content