Skip to main content
Berita

Program Penghijauan Bumi peringkat MOSTI 2025

28 Februari 2025, Putrajaya – Sebanyak 44 pokok ditanam sempena Program Penghijauan Bumi peringkat MOSTI 2025 pada hari ini. YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan barisan Pengurusan Tertinggi MOSTI, Jabatan dan Agensi menjayakan aktiviti penanaman pokok sebagai simbol komitmen MOSTI dalam Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMKe-12.
Antara pokok yang ditanam pada hari ini ialah Jambu Bol (Syzygium malaccense), Jambu Mawar (Syzygium jambos), Kelat Paya (Eugenia papilose), Kemuning (Murraya paniculata), Bunga Jarum (Ixora Chinensis), Pokok Putat (Barringtonia) Pokok Durian Belanda (Annona muricata) dan Pokok Bunga Ajaib (Synsepalum dulcificum).
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.
“Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” | “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”.
Skip to content