Skip to main content
Berita

Program ‘Relax & Refresh’ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

27 Januari 2023, Putrajaya – Program ‘Relax & Refresh’ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi anjuran Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MOSTI Siri 1/2023 diadakan di Atrium Peterana hari ini.
Program ‘Relax & Refresh’ ini merupakan satu pendekatan melalui terapi pelbagai bentuk dengan kaedah santai bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan warga MOSTI untuk menguruskan tekanan dengan lebih efektif dalam melaksanakan kerja seharian di samping mewujudkan keseronokan dan keseimbangan dalam bekerja.
Bagi Siri 1 ini, pendekatan yang digunakan ialah melalui ‘Terapi Muzik’ yang di bawakan oleh Encik Mohd Zaki Sarpan, Pegawai Psikologi, Kementerian Luar Negeri dengan menggunakan pelbagai jenis alatan Muzik.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI juga turun meluangkan sedikit masa menyertai program ini. Turut sama YBhg. Datin Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita Cawangan MOSTI.
Selain boleh diikuti secara fizikal, program ini juga disiarkan secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM dan Facebook MOSTI.
DSC 1902      DSC 1941
DSC 2147      DSC 2024
Skip to content