Skip to main content
Berita

Program Sepetang Bersama Lih Kang dan Pengamal Media

20 November 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Program Sepetang Bersama Lih Kang dan Pengamal Media di Putrajaya.
Program ini merupakan platform terbaik dalam memperkenalkan MOSTI serta menjadi sesi perkongsian idea, hala tuju MOSTI serta mendapatkan maklumbalas daripada rakan-rakan strategik MOSTI dan pengamal media tempatan mengenai landskap sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut berkongsi aspirasi dan perancangan MOSTI dalam menjayakan agenda STI Negara.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan berterusan terhadap MOSTI. Semoga kerjasama erat ini akan berterusan di masa hadapan.
Skip to content