Skip to main content
Berita

Program STEM Camp MOSTI 2026

22 Ogos 2026, Pahang – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited memupuk minat dan meluaskan pendedahan generasi muda terhadap bidang sains dan teknologi menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang melabuhkan tirainya pada hari ini di SMK Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang.

Program berskala besar ini dianjurkan oleh Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) dengan kerjasama strategik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), berjaya menghimpunkan seramai 400 pelajar SMK Sungai Isap Murni. Pelaksanaan program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan 10 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang berpeluang meneroka aktiviti sains secara inklusif.
Bagi merangsang daya reka cipta serta kemahiran teknikal peserta, program ini menyediakan pelbagai modul interaktif secara amali (hands-on) berasaskan prinsip kejuruteraan, sains marin, kecerdasan buatan, dan robotik seperti:
✨ Penyerap Hentakan Kejuruteraan
✨ Pembinaan Jambatan Batang Aiskrim
✨ Peluncur Roket
✨ Pengaturcaraan Robot & Robotik (Sumo Robot & Soccer Robot)
✨ Robot Pintar Arduino
✨ Pencetakan 3D
✨ Penglihatan Mesin Kecerdasan Buatan (AI)
✨ Biologi Marin & Pembiakan Ikan (Dibooth pameran interaktif oleh Pasukan UIA)
Inisiatif pembudayaan STI yang bersifat inklusif sebegini bukan sahaja menyemarakkan budaya inovasi dan pemikiran kritis, malah membuktikan bahawa pendidikan STEM adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang.
Skip to content