Skip to main content
Berita

Program Xporia Sains

16 Disember 2023, Kuala Lumpur – Program Xporia Sains merupakan acara kemuncak tahunan Pusat Sains Negara (PSN) sejak tahun 2011dalam memperkasakan program pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui aktiviti pendidikan sains bukan formal kepada masyarakat Malaysia.

PSN Xporia Sains 2023 diadakan di dua lokasi selama tiga (3) hari iaitu di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dan Pusat Sains Negera Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah dengan pelbagai pengisian seperti pertandingan kreativiti dan sains fiksyen, aktiviti STEM, komunikasi sains dankerjaya, aktiviti hands-on, persembahan sains dan sebagainya.
Dengan membawa tema “Sains Melangkaui Realiti” ianya adalahseiring untuk meningkatkan minat, ilmu pengetahuan sains asas dan memahamipraktis sains dalam kehidupan seharian bagi membolehkan masyarakat dapat memahamipelbagai isu saintifik yang berlaku di sekeliling mereka dan aplikasinya.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dalam ucapan Perasmiannya menyatakan “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi’ merupakan salah satu pendekatan kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menjadikan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) lebih mesra rakyat.
MOSTI melaluijabatan dan agensi seperti PSN, Planetarium Negara, MRANTI, Akademi Sains Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia serta agensi-agensi lain di bawahnya giat menjalankan pelbagai program bersifat pendidikan bukan formal bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar dan belia meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Skip to content