Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/html/wp-content/plugins/refresh-post-page-wud/refresh-post-page-wud.php on line 77
Skip to main content
Berita

PUSAT BIOTEK TPM BERNILAI RM21 JUTA DI PERLIS JADI PEMANGKIN INDUSTRI HERBA DAN BAHAN SEMULA JADI DI RANTAU UTARA

By 2012-09-18Mac 10th, 2017No Comments

 

Kangar (18hb September 2012) – Pusat Biotek Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) bernilai RM21 juta di Perlis, dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Md Isa bin Sabu hari ini, akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan industri bioteknologi produk-produk berasaskan herba dan bahan semula jadi bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Dr. maximus Johnity Ongkili memberitahu, daripada jumlah tersebut, sebanyak AS$83 bilion (RM252 bilion) dihasilkan menerusi industri herba bioteknologi.
Potensi industri bioteknologi cukup besar bagi negara ini yang kaya dengan sumber semula jadi dan biodiversiti apabila hampir 1,200 jenis tumbuhan herba boleh menampung kegunaan perubatan dan kesihatan, selain beratus spesies herba masih belum dieksploitasi sepenuhnya,” katanya.

Pusat itu akan menyediakan perkhidmatan dan kepakaran profesional kepada usahawan bio, khususnya peniaga kecil dan sederhana dalam memaju dan menambahkan nilai kepada keluaran produk-produk berasaskan buah-buahan, rempah ratus dan herba semula jadi tempatan.

Ianya akan menjadi landasan bagi menggalakkan kegiatan ekonomi mampan bagi usahawan bio, demikian menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Haji Mohd Azman bin Haji Shahidin.

“Kita akan menyediakan perkhidmatan kontrak pembuatan produk-produk berasaskan herba dan bahan semula jadi yang bernilai tinggi untuk memenuhi permintaan tempatan dan luar negara yang kian meningkat,” katanya.

Pusat Biotek TPM Perlis dijangka akan meningkatkan aktivitinya antara 15 dan 50 peratus setiap tahun dan menjelang 2015 ia mensasar akan mengkomersil dan memasarkan 210 produk berasaskan herba dan bahan semula jadi dengan mewujudkan 185 usahawan baru yang akan menyediakan 555 peluang pekerjaan.

Selain itu, pusat itu dijangka akan menyediakan perkhidmatan kontrak pembuatan kepada 285 usahawan bio.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa negeri, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullai, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengerusi TPM Corporation Sdn. Bhd., Datuk Nasaruddin Hashim serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM Corporation Sdn. Bhd., Datuk Mohd Azman Shahidin.

Skip to content