“Para pelajar boleh menggunakan kad ini bagi mendapatkan potongan harga untuk barangan keperluan seperti buku, alat tulis, pakaian, kelengkapan sukan, perubatan dan pengangkutan.
Menurut beliau, kerajaan telah mengambil dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan insentif demi memberikan kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pelbagai program yang kreatif dan inovatif agar hari esok lebih baik daripada hari ini.“Dalam hubungan ini saya berharap agar para siswa selaku bakal pemimpin masa hadapan dapat memanfaatkan insentif yang disediakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan prestasi pembelajaran.
“Saya juga berharap agar para siswa memanfaatkan peluang belajar yang diperoleh ini untuk mempersiapkan diri sebagai modal insan yang berkebolehan, berketerampilan, berkeperibadian mulia dan berwawasan untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan dan dunia luar yang lebih mencabar,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Maximus turut melahirkan rasa bangga dengan prestasi dan pencapaian UniMAP dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi keseluruhannya terutama dalam aspek penyelidikan.
Bagaimanapun, kata beliau, UniMAP perlu lebih proaktif terutama dalam bidang pengkomersialan untuk terus menjadi sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang berdaya saing.