Skip to main content
Berita

Sambutan Bulan Integriti Nasional & Hari Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2026

17 November 2026, Putrajaya – “Integriti Kita, Nilai Kita”
Sambutan Bulan Integriti Nasional dan Hari Integriti MOSTI 2026 telah berlangsung dengan jayanya melalui pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat dalam usaha menyemarakkan budaya integriti serta memperkukuh kesedaran mengenai pencegahan rasuah dalam kalangan warga MOSTI.
Antara pengisian utama program ialah:
🔹 Ceramah Integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disampaikan oleh Encik Faizul Idzwan bin Mohd Nizam, Penguasa Kanan SPRM, dengan tema “Integriti Kita, Nilai Kita”.
🔹 Sembang Integriti bersama influencer MdNoor, Encik Muhammad Noor bin Zakaria, yang berkongsi perspektif mengenai “Integriti dalam Kehidupan dan Kerjaya”.
🔹 Kuiz Integriti yang dikendalikan oleh Ketua Unit Integriti MOSTI bagi menguji pengetahuan serta meningkatkan kefahaman warga kementerian mengenai amalan integriti.
🔹 Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti MOSTI 2026 yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, disusuli dengan pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MOSTI 2026–2030.
🔹 Pelancaran Buku OACP MOSTI 2026–2030 sebagai manifestasi komitmen kementerian dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah, meningkatkan ketelusan serta memantapkan tadbir urus organisasi.
🔹 Penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Pasukan OACP MOSTI dan Pasukan SPINE MOSTI sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan agenda integriti kementerian.
Selain itu, program turut dimeriahkan dengan pameran oleh agensi-agensi berikut:
▪️ Jabatan Kimia Malaysia
▪️ Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
▪️ Polis Diraja Malaysia (PDRM)
▪️ Jabatan Penjara Malaysia
Pameran ini memberi peluang kepada warga MOSTI untuk mendapatkan maklumat, meningkatkan pengetahuan serta memahami peranan agensi-agensi berkaitan dalam menyokong keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan pembudayaan integriti.
✨ INTEGRITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Integriti bukan sekadar slogan atau sambutan tahunan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan, keputusan dan amalan kerja setiap hari.
Marilah seluruh warga MOSTI terus memperkukuh nilai amanah, jujur, telus dan bertanggungjawab serta bersama-sama menolak rasuah dan salah guna kuasa demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan berakauntabiliti.
Teguh Integriti, Kukuh Amanah, MOSTI Bebas Rasuah!
Skip to content