3 September 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Sambutan Hari Brazil di Malaysia mewakili Kerajaan Malaysia atas jemputan H.E. Daniella Ortega de Paiva Menezes, Duta Besar Brazil ke Malaysia di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur malam tadi.
Malaysia dan Brazil terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak tahun 1959, termasuk dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Kerjasama strategik dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor, aeroangkasa dan teknologi baharu mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memacu inovasi, merangsang pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan manfaat bersama.
Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Brazil terus diperkukuh dan membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa hadapan.




