Skip to main content
Berita

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 MOSTI

4 September 2026, Putrajaya – Satu Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dipengerusikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama delegasi daripada Kementerian Kewangan yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membincangkan keutamaan strategik serta cadangan inisiatif MOSTI untuk dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Sesi ini menjadi platform penting bagi MOSTI untuk mengetengahkan cadangan yang berupaya memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi (STI) negara, di samping memastikan peruntukan Kerajaan dapat dimanfaatkan secara strategik bagi menghasilkan impak yang signifikan kepada ekonomi, industri dan rakyat.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh keupayaan R&D&C&I negara, pembangunan bakat dan kemahiran dalam bidang STI serta pembangunan syarikat berasaskan teknologi agar lebih berdaya saing dan mampu berkembang ke pasaran yang lebih luas.
Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 MOSTI turut mengambil kira tiga fokus strategik MOSTI bagi tempoh 2026–2030, iaitu:
📌 R&D&C&I Berteraskan Misi
📌 Pembudayaan dan Pembangunan Bakat STI
📌 Penskalaan Syarikat Pemula (Startup)
Turut hadir bersama-sama dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Pengarah Belanjawan Negara; YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Rafea’ah binti Haji Nahar, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI, YBrs. Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan MOSTI, Ketua serta wakil Agensi di bawah MOSTI serta pegawai-pegawai kanan dan Pasukan Belanjawan 2027 daripada MOSTI dan Kementerian Kewangan.
Skip to content