Skip to main content
Berita

Seminar Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK) SIRI 2

21 Ogos 2023, Selangor – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah menganjurkan Seminar Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK) SIRI 2.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Seminar RMNK “Advanced X-ray Characterization Techniques for Nanomaterials” itu bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor.
Seminar RMNK dianjurkan bersama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dan Agensi Nuklear Malaysia.
Agensi Nuklear Malaysia adalah agensi kerajaan yang termasuk dalam konsortium Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK).
Seminar ini diadakan bagi menyokong inisiatif RMNK di bawah Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030.
368737911 692032049619120 3846193342513859775 n
Skip to content