Skip to main content
Berita

Sesi Demo Exorobo-Badang

4 November 2023, Selangor – Sesi Demo Exorobo-Badang, projek rintis yang dibangunkan oleh syarikat startup tempatan telah diadakan di Taman Sawit, Ibu Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bangi.
Exorobo-Badang merupakan projek pemenang bagi Program MYHackathon yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund Sdn. Bhd.
MYHackathon bertujuan untuk mendorong pembangunan teknologi dan inovasi di kalangan startup dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Sesi Demo Exorobo-Badang yang diadakan pada 3 November 2023 dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Encik Boniface Anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, MOSTI, pegawai kanan MOSTI, MPOB, Cradle Fund dan Syarikat The Badangs.
Exorobo-Badang merupakan satu eksoskeleton untuk membantu proses mengait buah sawit yang dibangunkan oleh Syarikat The Badangs. Sesi demo ini telah membukti daya cipta rakyat Malaysia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam menangani isu yang dihadapi oleh industri kelapa sawit. Penggunaan eksoskeleton ini dapat mengurangkan beban membawa mesin cantas semasa proses penuaian.
Pembangunan projek rintis ini adalah sebahagian usaha Kerajaan dalam pemerkasaan pembangunan dan penggunaan teknologi tempatan. Sesi libat urus bersama pengusaha kelapa sawit sedang dilaksanakan supaya eksoskeleton hasil inovasi startup tempatan ini dapat ditambahbaik dan memanfaatkan keperluan pengusaha industri.
Skip to content