Skip to main content
Berita

Sesi Dialog Y.B. Menteri Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Peringkat Zon Timur

By 2013-11-21Disember 14th, 2020No Comments

Zon Timur_HL

 

KUALA TERENGGANU (21 November 2013) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana MOSTI peringkat Zon Timur.

Sesi dialog ini bertujuan untuk menyediakan platform YB Datuk Dr. Menteri bertemu dengan bakal pemohon, penerima geran dan koordinator penyelidikan untuk membincangkan isu, masalah dan cadangan untuk menambah baik sistem pengurusan dana sedia ada serta langkah-langkah ke arah pengkomersilan produk yang dibiayai oleh dana R,D&C MOSTI.

    YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menyatakan di bawah RMKe-9, sejumlah 4,566 projek diluluskan melalui dana R,D&C MOSTI. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,797 projek telah berjaya disiapkan, manakala selebihnya masih di peringkat pelaksanaan. Sehingga 31 ogos 2013, daripada sejumlah RM2.9 bilion peruntukan yang disalurkan untuk membiayai projek R,D&C oleh MOSTI dan agensi, sejumlah RM2.3 bilion nilai jualan telah diperolehi.  Di samping itu, sebanyak 313 projek telah dikomersilkan. Daripada projek yang dikomersilkan ini, sejumlah 14,320 peluang pekerjaan telah diwujudkan. Pada rancangan malaysia kesepuluh (RMKe-10) pula sehingga 31 ogos 2013, sebanyak 1,168 projek telah diluluskan dengan nilai RM474.35 juta.

    Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 107 projek telah diluluskan di Zon Timurmerangkumi negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu semasa RMKe-9 dengan jumlah RM63.88 juta. Manakala di dalam RMKe-10 sejumlah 35 projek bernilai RM14.59 juta telah diluluskan untuk Zon Timur.

Sesi Dialog ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu serta jemputan yang terdiri daripada para penyelidik dan pereka cipta daripada Institut Pengajian Tinggi Institusi Penyelidikan, Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kerajaan, syarikat-syarikat SME, kumpulan komuniti dan orang perseorangan yang datang dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Sesi Dialog Y.B Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana MOSTI peringkat Zon Timur ini merupakan sesi ketiga selepas Zon Sabah dan Sarawak daripada 6 sesi yang akan diadakan di seluruh Malaysia mengikut zon.

Skip to content