Skip to main content
Berita

Sesi Dialog YB Menteri Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Peringkat Zon Selatan

By 2013-11-28Disember 14th, 2020No Comments

Dana Melaka_HL

 

DURIAN TUNGGAL (28 November 2013) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog Y.B Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana MOSTI peringkat Zon Selatan.

Sesi dialog ini bertujuan untuk menyediakan platform YB Datuk Dr. Menteri bertemu dengan bakal pemohon, penerima geran dan koordinator penyelidikan untuk membincangkan isu, masalah dan cadangan untuk menambah baik sistem pengurusan dana sedia ada serta langkah-langkah ke arah pengkomersilan produk yang dibiayai oleh dana R,D&C MOSTI.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, EXCO Pendidikan Negeri Melaka, Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka serta jemputan yang terdiri daripada para penyelidik dan pereka cipta daripada Institut Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan, Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kerajaan, syarikat-syarikat SME, kumpulan komuniti dan orang perseorangan yang datang dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Di bawah RMKe-9, sejumlah 4,566 projek diluluskan melalui dana R,D&C MOSTI. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,864 projek telah berjaya disiapkan, manakala selebihnya masih di peringkat pelaksanaan. Daripada sejumlah RM2.9 bilion peruntukan yang disalurkan untuk membiayai projek R,D&C oleh MOSTI dan agensi, sejumlah RM2.64 bilion nilai jualan telah diperoleh.  Di samping itu, sebanyak 311 projek telah berjaya dikomersilkan. Daripada projek yang dikomersilkan ini, sejumlah14,354 peluang pekerjaan telah diwujudkan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) pula, sehingga 15 November 2013, sebanyak 1,256 projek telah diluluskan dengan nilai RM498.26 juta.

Sebanyak 29 projek telah diluluskan di Melaka dengan jumlah RM13.03 juta di bawah RMK-9. Manakala di dalam RMK-10, sebanyak 8 projek berjumlah RM2.88 juta telah diluluskan. Antara projek yang telah dibiayai oleh dana MOSTI ialah Fabrication of High Curie Temperature Anisotropic Strontium Ferrite Magnets Through Powder Metallurgy Technique, Development of High Performance Energy Storage Device from Nanostructured and Aligned Carbon Nanotube Electrode, A Sustainable Cyber-Physical Security Model (Cypset) for Protecting Critical National Information Infrastructure (Cnii) Against Illicit Activities and Cyber Terrorism dan Combined OWLEF Solution for Enabling Low Cost and Power Efficient High.

Sesi Dialog YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana MOSTI peringkat Zon Selatan ini merupakan sesi keempat yang diadakan daripada 6 sesi yang akan dirancang diadakan di seluruh Malaysia mengikut zon.