5 & 6 Mei 2026, Kota Kinabalu – Buat julung kalinya Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah berjaya menganjurkan Sesi Due Diligence MCY Siri 2/2026 di Kota Kinabalu, Sabah.
Sebanyak 27 produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D tempatan terutamanya dari Sabah & Sarawak telah diketengahkan yang mempamerkan idea, inovasi berimpak tinggi dan potensi pengkomersialan yang luar biasa.
- Tujuan utama Sesi Due Diligence MCY antaranya adalah:
- Menilai tahap kesediaan teknologi (TRL);
- Mengenal pasti intervensi dan fasilitasi yang diperlukan; dan
- Menyaring calon bagi KPI Khas MCY iaitu calon penerima Anugerah MCY dengan nilai keseluruhan RM1 juta.
MOSTI terus komited dalam memperkukuh ekosistem pengkomersialan teknologi tempatan agar lebih berdaya saing di peringkat nasional dan global.
Usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa inovasi tempatan ke peringkat global secara berimpak tinggi demi kesejahteraan negara.
Nantikan seterusnya di Sesi Due Diligence MCY Siri 3/2026 pada Julai 2026




