Skip to main content
Berita

Sesi Pembentangan Program Ruang Daya Cipta (RDC)

8 Oktober 2023, Muar – Telah berlangsung Sesi Pembentangan Program Ruang Daya Cipta (RDC) di Muar, Johor bermula jam 10.15 pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Muar, Bangunan Istana Tanjung (Istana Hinggap Muar), Muar, Johor.
Sesi ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia; YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Pegawai Daerah Muar; Tn. Haji Hasrin Kamal Hashim, Penolong Pegawai Perancang Bandar; Pn. Nor Sara Isa, Setiausaha Yang Dipertua Muar; En. Haji Ahmad Nazri Rebu, Pegawai Penilaian dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; En. Samdatorakmar Ab Talib, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Muar; En. Roslan Atan serta pegawai-pegawai yang lain.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan konsep RDC untuk mendapatkan cadangan premis bagi pembangunan RDC di Muar, Johor dimana ia merupakan salah satu lokasi di bawah Program BITARA MADANI 2023 serta melihat sinergi kerjasama antara YIM dengan pihak-pihak berkaitan di Muar, Johor.
Selain itu, terdapat beberapa cadangan organisasi/persatuan yang boleh berkolaborasi bagi pengisian program di RDC Muar seperti Nasuha Enterprise Sdn. Bhd, Kolej Komuniti, D’Impian Group of Companies dan lain-lain.
Skip to content