Skip to main content
Berita

Sesi Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri 4/2026

29 – 30 September 2026, Cyberjaya – Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (PTK), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan usaha memperkasa ekosistem pengkomersialan R&D tempatan melalui 𝑆𝑒𝑠𝑖 𝑃𝑒𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖𝑎𝑛 𝑈𝑝𝑎𝑦𝑎 (𝐷𝑢𝑒 𝐷𝑖𝑙𝑖𝑔𝑒𝑛𝑐𝑒) 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐨𝐦𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐂𝐘) 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟔 yang berlangsung di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Cyberjaya.
Turut hadir Encik Ahmad Najme Bin Muhammad, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memantau hala tuju inovasi sektor awam, khususnya dalam menyokong usaha memperkukuh pengkomersialan hasil R&D&C&I.
Sebanyak 𝟑𝟏 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤, 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 daripada syarikat, universiti dan agensi telah membentangkan idea dan inovasi tersendiri yang berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat pasaran. 💡🚀
Objektif utama Sesi Due Diligence MCY adalah:
🔬 Menilai Tahap Kesediaan Teknologi (𝑇𝑒𝑐ℎ𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑦 𝑅𝑒𝑎𝑑𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠 𝐿𝑒𝑣𝑒𝑙 – 𝑇𝑅𝐿) ;
🤝 Mengenal pasti intervensi, fasilitasi dan sokongan strategik yang diperlukan; dan
🏆 Menyaring produk berpotensi sebagai calon 𝐊𝐏𝐈 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐌𝐂𝐘 dan penerima Anugerah MCY dengan nilai hadiah keseluruhan sebanyak 𝐑𝐌𝟏 𝐣𝐮𝐭𝐚.
MOSTI terus komited dalam memperkukuh ekosistem pengkomersialan teknologi tempatan agar lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global 🌍🚀
Usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa inovasi tempatan ke peringkat global secara berimpak tinggi demi kesejahteraan negara.
📌 Nantikan seterusnya 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐔𝐩𝐚𝐲𝐚 (𝐃𝐮𝐞 𝐃𝐢𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐜𝐞) 𝐌𝐂𝐘 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟕!
Skip to content