Skip to main content
Berita

Sesi Sembang Santai Bil. 10/2026

17 Julai 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 10/2026 telah diteruskan dengan kehadiran warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Atrium Peterana.
Program dimulakan dengan sesi senaman X-Break sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga MOSTI.
Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Masa Depan Mobiliti: Low Altitude Economy (LAE)” yang telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Izzatul Huda Mohd Jalil, wakil daripada MIGHT.
Perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai perkembangan serta potensi Low Altitude Economy (LAE) sebagai pemacu baharu ekosistem mobiliti masa hadapan. Di samping itu, dapat membuka perspektif warga MOSTI terhadap inovasi dan teknologi yang mampu menyokong pembangunan ekonomi negara.
Skip to content