Skip to main content
Berita

Sesi Sembang Santai Bil.16/2026

4 September 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 16/2026 diteruskan pada hari ini dengan menghimpunkan warga MOSTI dalam suasana santai, interaktif dan penuh perkongsian ilmu.

Sesi kali ini menampilkan Cik Nurul Aliya Najihah Abu Hanifah, pelajar latihan industri dari Bahagian Antarabangsa, yang berkongsi ilmu menerusi tajuk “Bahasa Asing: Lebih Daripada Sekadar Bahasa”.
Perkongsian ini membuka perspektif tentang kepentingan penguasaan bahasa asing bukan sekadar sebagai medium komunikasi, malah sebagai satu kemahiran yang dapat memperluas pemahaman terhadap budaya, membina keyakinan diri serta membuka peluang dalam dunia yang semakin global.
Seperti biasa, sesi turut dimulakan dengan senaman X-Break (Radio Taiso) bersama warga MOSTI bagi menyemarakkan suasana pagi dengan aktiviti yang sihat dan bertenaga. 💪🏻✨
Semoga perkongsian pada kali ini memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada warga MOSTI untuk terus meneroka ilmu dan memperkaya kemahiran diri.
Skip to content