Skip to main content
Berita

Sesi Taklimat Belanjawan 2027 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

13 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini menghadiri sesi taklimat Belanjawan 2027 bagi MOSTI susulan pembentangan oleh YAB Perdana Menteri pada 9 Oktober lalu.

Turut hadir, YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI serta Ketua Jabatan Agensi.
Sesi ini bertujuan memperincikan pengumuman dan inisiatif Belanjawan 2027 yang berkaitan dengan MOSTI, termasuk keutamaan pelaksanaan bagi memperkukuh pembangunan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.
MOSTI komited memastikan peruntukan 2027 yang disediakan dapat dimanfaatkan demi memperkasa ekosistem STI dan memacu kemajuan negara.
Skip to content