Skip to main content
Berita

Precouncil MOSTI: Persiapan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet

14 Oktober 2026, Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, telah menghadiri sesi precouncil bersama pengurusan kanan MOSTI bagi menyelaras persediaan kementerian menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan 2026 yang dijadualkan berlangsung esok.

Sesi ini memberi tumpuan kepada penyelarasan input dan pendirian MOSTI, khususnya dalam mengenal pasti peluang untuk memperkukuh pembelian dan penggunaan produk tempatan berasaskan sains, teknologi dan inovasi.
Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof.
MOSTI komited untuk terus menyokong pembangunan dan penggunaan produk tempatan berteknologi tinggi serta berinovasi, sekali gus memperluas peluang pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), memperkukuh daya saing industri tempatan serta meningkatkan nilai ekonomi negara.
Skip to content