18 November 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyertai Sidang Idea Malaysia 4: Idea Negara Makmur bersempena Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2026 sebagai panelis bagi sesi bertemakan “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani”.
Sesi dikendalikan oleh YB Dato’ Sri Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi selaku moderator, bersama panelis lain iaitu YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; serta YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Dalam perkongsian tersebut, YB Menteri menegaskan bahawa kemakmuran negara tidak seharusnya diukur berdasarkan ranking antarabangsa semata-mata, sebaliknya melalui manfaat sains, teknologi dan inovasi (STI) yang dapat dinikmati rakyat.
Beliau menggariskan 𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭(𝟒) 𝐤𝐚𝐲𝐮 𝐮𝐤𝐮𝐫 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐒𝐓𝐈 iaitu:
1. Kedaulatan Teknologi– Membina keupayaan negara sebagai pemilik dan pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna.
2. Kesejahteraan Rakyat– Memastikan teknologi memberikan manfaat nyata dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian rakyat.
3. Pemacu Ekonomi– Mempercepat pengkomersialan teknologi, meningkatkan produktiviti industri dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
4. Kemanusiaan, Etika dan Tanggungjawab– Memastikan pembangunan serta penggunaan teknologi berpaksikan nilai kemanusiaan, etika dan tanggungjawab.
Kejayaan STI bukan sekadar diukur melalui kecanggihan teknologi, tetapi sejauh mana teknologi dimiliki negara, dimanfaatkan industri dan memberikan impak bermakna kepada kehidupan rakyat.




