17 November 2026, Putrajaya – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Bavarian University and Innovation Center Asia-Pacific (BayAP) pada 17 November 2026.
Perjumpaan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman BayAP. Dalam sesi tersebut, BayAP membentangkan hala tuju dan objektif organisasinya, manakala MOSTI berkongsi maklumat mengenai Malaysia Science Endowment (MSE), yang menyokong pembiayaan mampan bagi aktiviti STI.
Perbincangan susulan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memperincikan aspek teknikal dan meneliti bentuk kerjasama yang dapat memberi manfaat bersama. Usaha ini diharap dapat memperluas perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta memperkukuh jaringan kerjasama STI antarabangsa.




