Skip to main content
Berita

Sidang Kemuncak Inovasi Sains dan Teknologi China-Malaysia (China Malaysia Science and Technology Innovation Summit)

20 Mac 2023, Kuala Lumpur – MRANTI telah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Inovasi Sains dan Teknologi China-Malaysia (China Malaysia Science and Technology Innovation Summit) di Taman MRANTI pada 20 Mac 2023. Sidang kemuncak tersebut menyediakan platform untuk memperkukuh kerjasama antara China dan Malaysia dalam inovasi sains dan teknologi seterusnya mempromosikan persekitaran perniagaan dan dasar berkaitan inovasi sains dan teknologi antara kedua-dua negara.

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapannya menyatakan melalui pertukaran idea dan perbincangan mengenai peluang saintifik, industri dan perniagaan antara China dan Malaysia semasa sidang kemuncak ini akan membuka peluang dalam meluaskan pembangunan ekonomi serantau; mempercepatkan kerjasama dalam bidang teknologi maju dan baru muncul, perdagangan digital, pertukaran budaya dan bakat serta memperdalam bidang kerjasama dalam teknologi dan inovasi.
Sidang kemuncak ini diadakan secara hibrid dengan siaran langsung dari Shenzhen, yang menampilkan ucaptama daripada tokoh terkemuka, perbincangan panel, gerai pameran, sesi pitching dan banyak lagi. Turut dimeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara TusStar Malaysia dan MRANTI untuk mempercepatkan lebih banyak inovasi ke pasaran.
DSC00435DSC00364DSC00384DSC00411
Skip to content