Skip to main content
Berita

Sidang Media Program INNOVATHON Musim Kedua 2024

15 Mei 2024, Putrajaya – Sidang Media Program INNOVATHON Musim Kedua 2024 oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah diadakan pada 15 Mei 2024.
Sidang media tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, pengurusan tertinggi dan pegawai kanan MOSTI dan Kementerian Ekonomi.
Program INNOVATHON bertujuan untuk menyuntik elemen keseronokan dalam pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan masyarakat serta menarik pelaburan swasta kepada syarikat pemula.
Bagi INNOVATHON Musim Kedua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) juga telah dilibatkan bersama bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.
Inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan MOSTI dengan kerjasama Astro Malaysia dalam pelaksanaan INNOVATHON Musim Kedua bakal menyaksikan rakyat Malaysia yang berbakat, berdaya cipta dan inovasi untuk bersaing dalam pertandingan inovasi yang berprestij ini.
Ayuh semua, bersama kita Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi.
Skip to content