Skip to main content
Berita

Sidang Media YB Menteri berkaitan Lynas

23 Oktober 2023, Kuala Lumpur –  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah membuat pertimbangan untuk mengemas kini syarat lesen operasi Lynas yang sedang berkuat kuasa meliputi kebenaran mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) sehingga tamat tempoh sah lesen, iaitu pada Mac 2026.
Pertimbangan ini juga membenarkan aktiviti Cracking & Leaching (C&L) diteruskan tertakluk kepada syarat bahawa Lynas hendaklah memastikan kandungan radioaktif dalam residu Water Leach Purification (WLP) di bawah 1 Bq/g melalui program R&D yang diterajui oleh pakar tempatan.
Keputusan LPTA dibuat berdasarkan dapatan kajian awal di peringkat makmal yang menunjukkan bahawa bahan radioaktif thorium boleh diekstrak keluar daripada residu WLP sehingga residu ini boleh dilepaskan daripada kawalan perundangan di bawah Akta 304.
MOSTI yakin dengan perkembangan ini, operasi berkaitan menepati kawalan perundangan, melindungi kepentingan rakyat dan seterusnya negara akan mampu menarik pelaburan yang berbillion ringgit nilainya dalam industri nadir bumi tempatan bagi menyokong industri pembuatan bahan termaju berteknologi tinggi.
Skip to content