Skip to main content
Berita

Kursus Asas Teknik Siasatan Dalaman

20 Oktober 2023, Putrajaya – Unit Integriti, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Kursus Asas Teknik Siasatan Dalaman pada 10 hingga 12 Oktober 2023 bertempat di Putrajaya. Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Unit Integriti / Integrity and Governance Unit (IGU) di Jabatan dan Agensi di bawah MOSTI.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik siasatan dalaman iaitu prinsip pengesanan dan pengesahan di dalam Fungsi Teras Unit Integriti. Kursus ini turut mendedahkan pegawai-pegawai terhadap Fungsi Teras Unit Integriti yang lain iaitu Tadbir Urus, Pengurusan Aduan, Pengurusan Integriti, Pematuhan serta Tatatertib.
Sesi ini telah disampaikan oleh PsK Muhammad Hafiz bin Yazid, Pegawai Siasatan
dari Unit Integriti, Kementerian Luar Negeri. Kursus ini turut menjemput YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI bagi perkongsian ilmu dan pengalaman beliau yang luas dalam menjayakan pelaksanaan enam (6) fungsi teras Unit Integriti.
Pelaksanaan kursus ini juga merupakan salah satu usaha Unit Integriti MOSTI dalam
mewujudkan platform di antara Kementerian, Jabatan serta Agensi di bawah MOSTI bagi perkongsian pendapat serta pandangan secara berterusan untuk menambahbaik pelaksanaan Fungsi Teras Unit Integriti. Selain itu, ia juga bagi menambah pemahaman berkaitan pelaksanaan tatakelola yang baik dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan di Unit Integriti.
Skip to content