Skip to main content
Berita

Sidang Media YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

4 April 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang telah mengadakan satu sidang media bagi berkongsi hasil lawatan rasmi ke China bersama YAB Perdana Menteri minggu lalu, khususnya berkaitan sains, teknologi dan inovasi.

Antara intipati utama adalah persetujuan kedua buah negara untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, terutamanya dalam pembangunan vaksin, R&D teknologi tinggi serta pendigitalan ekonomi. Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan dan 19 MOU antara Perniagaan ditandatangani dalam pelbagai bidang, terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital.
Salah satu MOU yang dimeterai ialah perjanjian antara DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd mengenai pembangunan dan pengkomersilan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
Selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030, Malaysia mengiktiraf sepenuhnya bahawa sains angkasa dan teknologi geospatial memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan menyumbang kepada kedaulatan dan daya saing negara.
Malaysia dan China juga komited untuk mengukuhkan ekosistem pengkomersilan dengan menyediakan akses pasaran untuk syarikat-syarikat pemula (startups) yang berpotensi di kedua-dua negara.
Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) baru-baru ini telah menandatangani MOU dengan TusStar Malaysia, satu usaha sama antara Tus Holding (berasal dari Tsinghua Pioneer Park) dan Brunsfield International Group yang merupakan sebahagian daripada rangkaian inkubator teknologi terbesar China.
Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dan pelaburan dua hala dengan China dalam bidang-bidang strategik utama termasuklah teknologi digital baru muncul seperti AI, teknologi aeroangkasa, teknologi hijau seperti mobiliti elektrik dan pembangunan vaksin.
339882459 1276534313262313 8468301406329468725 n
Skip to content