Skip to main content
Berita

TAKLIMAT MEDIA – WORLD INNOVATION FORUM KUALA LUMPUR (WIF-KL) OLEH YB DATUK HAJI FADILLAH YUSOF

By 2012-10-23Mac 10th, 2017No Comments

 

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2012 – Taklimat media sempena penganjuran World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) yang akan diadakan pada 3 hingga 7 November 2012 telah dijalankan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
WIF-KL melibatkan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) serta agensi-agensinya, mensasarkan penyertaan daripada 1500 delegasi antarabangsa daripada 50 negara selain memanfaatkan 10 000 pengunjung yang lain.
Program yang dirangka dengan begitu komprehensif ini menggabungkan empat program utama iaitu KL Innovation Forum 2012, BioMalaysia 2012, NanoMalaysia Summit and Expo 2012 dan National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2012. WIF-KL turut disokong oleh sepuluh program satelit yang dilaksanakan melalui pendekatan turun padang untuk mencapai sasaran khalayak sehingga ke peringkat akar umbi. Antara program satelit yang telah dan akan dijalankan ialah Jejak Inovasi, YIM Kids Invent! Finale, Asia Grassroot Innovation Design Competition and Forum, 21st Century Learning (Innovation in Education), Anugerah PIALA CIPTA Dengan Inovasi Yo!, Generation and Transform and Roll Out Session, Cyber Security Malaysia Awards Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2012, International Symposium on Accelerating Innovation in Developing Countries, TEDx Merdeka Square dan WIF-KL Innovation Awards Nite.
WIF-KL menjadi platform penyatuan apabila menggabungkan kepakaran dari seluruh dunia dalam membincangkan isu-isu berkaitan inovasi sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi masyarakat yang menjana negara berpendapatan tinggi.
Pembudayaan inovasi bukan hanya memantapkan dan meningkatkan jaringan hubungan antara negara yang mempunyai tingkat pembangunan yang pelbagai malah menyediakan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang menuju ke arah inovasi inklusif.
Program ini disasarkan kepada individu yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap pembangunan sosioekonomi dalam sesebuah komuniti dan bangsa menerusi inovasi. Antara yang akan memanfaatkan program yang bertaraf antarabangsa ini ialah para pembuat dasar, ketua-ketua korporat, saintis, NGO, ahli akademik dan para pelajar.
Skip to content