Skip to main content
Berita

Virtual PSN Scifest Dan National Tinkering Challenge 2021 Kemuncak Pembudayaan STI

By 2021-11-17November 22nd, 2021No Comments
17 November 2021, Selangor – Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini merasmikan majlis penutupan Virtual PSN SciFest (VPSF) dan pengumuman pemenang National Tinkering Challenge (NTC) 2021 di Pusat Sains Negara.
Program yang merupakan acara kemuncak tahunan kepada aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) di PSN dan julung-julung kalinya diadakan secara maya selama tujuh hari bermula 10 hingga 16 November 2021.
Penganjuran VPSF oleh PSN adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyampaikan informasi STI terkini kerana tanpa kadar literasi sains yang optimum, masyarakat tidak akan menghargai kepentingan penjarakan sosial, data sains dan risiko penyebaran virus.
Penganjuran pertandingan NTC 2021 merupakan salah satu platform terbaik bagi generasi muda, khususnya pelajar sekolah bagi mengasah bakat dan kemahiran kreatif mereka dalam menghasilkan pelbagai produk inovasi yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan.
Pada majlis ini, pemenang bagi pertandingan NTC 2021 turut diumumkan. Juara bagi kategori sekolah rendah adalah Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Terengganu (STEMQBeST) dengan projek ‘Portable Smart Compost Bucket’ yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,200, bersama kit pendidikan bernilai RM400 dan sijil penyertaan. Manakala, juara bagi kategori sekolah menengah adalah daripada SMK Pandan Indah, Selangor (Go Green) dengan ‘Projek Pasu Kompos Bersepadu’ yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, beserta kit pendidikan bernilai RM500 dan sijil penyertaan.
Melengkapkan majlis, Dato’ Sri Dr. Adham turut mengumumkan PSN Kuala Lumpur dan PSN Wilayah Utara di Gunung Keriang, Kedah akan kembali dibuka kepada orang ramai bermula 17 November 2021 (Rabu) iaitu hari esok. PSN juga turut menawarkan kemasukan secara percuma sehingga Ahad, 21 November 2021 serta potongan harga tiket sebanyak 50 peratus sehingga hujung tahun.
Skip to content