Skip to main content
Berita

Warga MOSTI Hayati Amanat YAB Perdana Menteri

28 Julai 2026, Putrajaya – YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI serta warga Kementerian yang berkelapangan hadir berkumpul di Atrium Peterana mengikuti siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan.
Dalam amanatnya, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam melahirkan modal insan berkualiti yang mampu mendepani cabaran masa hadapan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Beliau turut menyeru seluruh penjawat awam agar terus memperkukuh keupayaan, membudayakan inovasi serta memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara berintegriti, inklusif dan berorientasikan rakyat.
Skip to content