Skip to main content
Berita

Warga MOSTI Ikuti Perjumpaan YAB Perdana Menteri Sempena Perhimpunan Bulanan JPM

8 September 2026, Putrajaya – Warga MOSTI yang berkelapangan turut mengikuti secara dalam talian perjumpaan bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri memaklumkan ekonomi negara mencatat pertumbuhan 6 peratus pada suku kedua, mengatasi unjuran pelbagai badan kewangan antarabangsa, sekali gus mencerminkan ketahanan ekonomi dan kestabilan negara.
Warga MOSTI menyambut baik amanat tersebut dan kekal komited menyokong pelaksanaan dasar Kerajaan melalui pemerkasaan sains, teknologi dan inovasi (STI) demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Skip to content