Skip to main content
Berita

World Science Forum (WSF) 2022

8 Disember 2022, Afrika Selatan – Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini sedang menyertai World Science Forum (WSF) 2022 di Cape Town, Afrika Selatan.
Delegasi Malaysia telah bertemu dengan HRH Princess Sumaya bint El Hassan, President of the Royal Scientific Society, dari The Hashemite Kingdom of Jordan pada 7 Disember 2022 (Rabu) bagi bertukar-tukar pandangan mengenai keperluan untuk mengukuhkan kerjasama serta keperluan untuk sains yang lebih inklusif.
Hasil utama daripada pertemuan ini ialah:
a) Peluang untuk menerokai cadangan kerjasama rasmi dua hala Malaysia – Jordan berkaitan STI; dan
b) Akademi Sains Malaysia (ASM) membantu Royal Scientific Society untuk transformasi menjadi sebuah Akademi; kerana negara Jordan ingin belajar daripada pengalaman Malaysia mengenai perkara ini.
WSF merupakan forum dwi-tahunan hasil inisiatif antara United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), International Science Council (ISC), InterAcademy Partnership (IAP), World Academy of Sciences (TWAS), European Academies’ Science Advisory Council (EASAC), American Association for the Advancement of Science dan Hungarian Academy of Sciences (MTA); susulan daripada World Conference on Science yang pertama yang telah diadakan di Budapest pada 1999.
318114483 522117166610610 6709522363495203208 n
Skip to content