Skip to main content
Berita

Xporia Sains PSN 2026 Tawar Pelbagai Aktiviti Interaktif, Semarak Minat Generasi Muda Terhadap STEM

12 November 2026, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI telah menyempurnakan Majlis Penutupan Program XPoria Sains 2026 yang bertemakan “Teroka, Reka dan Bina” di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur (PSNKL).
Program yang berlangsung selama dua hari ini menyasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 20,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk memupuk pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui pembelajaran bukan formal yang interaktif.
Penganjuran edisi kali ini membawa makna simbolik bersempena pembukaan semula PSNKL selepas ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan utama demi keselesaan pengunjung. Selain itu, program ini turut meraikan sambutan Hari Pusat Sains dan Muzium Sains Sedunia serta Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan yang disambut setiap 10 November.
Antara pengisian menarik seperti Pameran Reka Cipta, Pameran Robotik, 3D Printing, Green Screen Photo Booth, Fix-It-Yourself Workshop, Bengkel Terrarium, Little Pilot Drone, serta sesi perkongsian ilmu menerusi Program Ceritera Sebalik Radas. Majlis berkenaan turut meraikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Cabaran Xplorasi Sains, Ikon Komunikasi Sains (iKom Sains) 2026, dan pertandingan Inovasi Rehlah Sains 2026.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PSN dalam memperluas akses pembelajaran sains yang inklusif selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030, sekali gus melahirkan generasi kreatif dan inovatif berteraskan nilai Ihsan MADANI.
Skip to content